Bunga Api | Aktiviti pembakaran akan dibenarkan, tertakluk garis panduan

2023-02-03 0

Aktiviti pembakaran serta penjualan bunga api dan mercun dalam negara akan dibenarkan tidak lama lagi, tertakluk kepada peraturan serta garis panduan baharu yang dikeluarkan.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat jemaah menteri semalam, sebagai antara langkah yang boleh meningkatkan pendapatan negara dan kerajaan akan mengawal aktiviti penjualannya di peringkat sumber iaitu pemborong dan pengimport.